SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Sejarah dan Objektif



SEJARAH PENUBUHAN
  
Berdasarkan seksyen 68 Akta Polis 1967 , Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri boleh menubuhkan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun Kadet Polis telah ditubuhkan yang terdiri daripada hampir 21,000 orang ahli Kadet Polis dan 600 orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk member pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah , dadah , moral dan gengsterisme di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.


LATARBELAKANG SEJARAH PENUBUHAN

Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak 56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 ( Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20  November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.
Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600 platun pada tahun 2010 hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform.



OBJEKTIF
  • Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.
  • Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek.
  • Membentuk masyarakat  yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.

MATLAMAT

Matlamat utama penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) atau kini lebih dikenali sebagai Kor Kadet Polis ( KKP ) adalah untuk :
  • Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik terhadap negaranya.
  • Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar lain.
  • Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.
  • Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengan
  • semangat 1 Malaysia.
  • Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam membendung salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.
  • Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.