SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Monday 3 September 2012

Latihan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Manjung 2012

Selepas dua tahun menyepi iaitu kali terakhir diadakan pada 2010, Latihan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Manjung kembali dijalankan semula pada tahun ini. Aktiviti menembak pada kali ini diadakan pada 28, 29 dan 30 Ogos 2012 bertempat di Kem Lapang Sasar Kampar, Perak. Pasukan Kadet Polis SMK Dato Idris bersama Pasukan Kadet dari SMK Changkat Bruas, dan SMK Raja Shahriman menjalani latihan menembak pada 28 Ogos 2012 (selasa). Dengan menaiki trak PDRM, konvoi bertolak seawal jam 7.00 pagi dari SMK Dato Idris menuju ke Kem Lapang Sasar, Kampar.
Pasukan Kadet SMKDI menghantar seramai 68 orang peserta. Guru pengiring pula seramai 6 orang.
Latihan tamat pada jam 3.30 petang dan sampai ke SMKDI pada jam 5.30 petang.