SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Pengenalan

Selamat Datang ke Laman Blog Kadet Polis SMKDI. Laman blog ini merupakan laman blog rasmi bagi Persatuan Kadet Polis SMK Dato' Idris, Pengkalan Bharu, Pantai Remis, Perak.

 
Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia juga memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini. Dari semasa ke semasa peranan Persatuan Kadet Polis akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah faktor terpenting bagi memastikan persatuan ini dapat berperanan seiring dengan matlamat penubuhannya.