SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Sunday 18 December 2011

Hari Natal & Tahun Baru 2012

Selamat Menyambut Hari Natal untuk semua rakan dan kenalan yang beragama Kristian. 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Untuk pelajar-pelajar SMKDI tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh khususnya kepada mereka yang akan menduduki PMR dan SPM. Khas untuk ahli kadet polis semua semoga tahun 2012 prestasi anda akan bertambah suksess....

Aku & Kadet Polis

Kisah aku dengan kadet polis ni bermula semasa aku bersekolah di Sekolah Sultan Mohamad Jiwa (SSMJ) Sungai Petani, Kedah dari tahun 1989 hingga 1993.

Gambar ahli kadet polis tingkatan 5, SSMJ tahun 1993..

Banyak kenangan manis sepanjang aku join kadet polis ni, antaranya aku mendapat tempat kedua semasa pemilihan untuk mewakili kompeni daerah kuala muda untuk kejohanan menembak peringkat negeri. Kawad kaki ok jugak tapi paling hebat pun dapat tempat keempat saja untuk peringkat negeri Kedah.

Gambar selepas latihan menembak di Lapang Sasar PDRM, Sg Petani


Tahun 2002 aku start jadi cikgu. Di posting ke SMK Song, Bahagian Kapit, Sarawak. Aku dilantik sebagai guru penasihat kadet polis sekolah.

Gambar dengan uniform kadet tahun 2003 di SMK Song

Gambar selepas Perbarisan Hari Kadet Polis Daerah Song, S'wak. Aku jadi komandan.. : )
Bergambar kenangan selepas Perbarisan Hari Sukan Bahagian Kapit 2005 di Stadium Song.
Jun 2006 aku berpindah ke SMK Dato' Idris, Pantai Remis, Perak. Hingga ke saat ini aku masih di SMKDI meneruskan legasi aku dengan kadet polis.

Gambar semasa Hari Kokurikulum SMK Dato' Idris 2009

Bergambar semasa mengiringi pelajar untuk Hari Inovasi PDRM di Ipoh...Sekolah Angkat PDRM

Gambar semasa Perkhemahan Pentauliahan Kadet Polis Daerah Manjung 2011

Gambar bersama Insp. Xd Zuandy & Insp Kadet Shamsul

 

Thursday 15 December 2011

Perkhemahan Pentauliahan Kadet Polis di Bukit Larut

Pejabat Pelajaran Daerah Manjung dan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Daerah Manjung telah mengadakan Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Kor Kadet Polis Daerah Manjung 2011 pada tarikh 11 November 2011 hingga 13 November 2011 bertempat di Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Bukit Larut, Taiping.

Program ini disertai seramai 80 orang peserta, 26 orang urusetia dari PDRM serta guru penasihat sekolah yang mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, ceramah pengurusan organisasi, latihan kawad kaki, ujian bertulis dan majlis penganugerahan pangkat sarjan dan koperal untuk setiap platun.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota Kadet Polis sekolah-sekolah yang mengambil bahagian atas semangat, usaha gigih, disiplin dan kerjasama yang diberikan sepanjang perjalanan program perkhemahan ini. Semoga berjumpa lagi di lain program pada masa akan datang.