SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Thursday 15 December 2011

Perkhemahan Pentauliahan Kadet Polis di Bukit Larut

Pejabat Pelajaran Daerah Manjung dan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Daerah Manjung telah mengadakan Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Kor Kadet Polis Daerah Manjung 2011 pada tarikh 11 November 2011 hingga 13 November 2011 bertempat di Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Bukit Larut, Taiping.

Program ini disertai seramai 80 orang peserta, 26 orang urusetia dari PDRM serta guru penasihat sekolah yang mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, ceramah pengurusan organisasi, latihan kawad kaki, ujian bertulis dan majlis penganugerahan pangkat sarjan dan koperal untuk setiap platun.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota Kadet Polis sekolah-sekolah yang mengambil bahagian atas semangat, usaha gigih, disiplin dan kerjasama yang diberikan sepanjang perjalanan program perkhemahan ini. Semoga berjumpa lagi di lain program pada masa akan datang.




















No comments:

Post a Comment