SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Friday 9 May 2014

Gambar Kenangan 2014

Latihan kawad kaki yang terakhir memerlukan kami memakai uniform penuh. So dikesempatan itu sempat juga kami bergambar bersama PK Petang Cikgu Lean yang akan bersara pada akhir bulan Mei 2014 ini. Cantik tak gambar kami? :)



Thursday 8 May 2014

Latihan Kawad GO 2014

Kita selalu dengar pasukan pengakap menanyikan lagu ini, " buat apa susah, buat apa susah, susah itu tiada gunanya ". Mungkin memang betul lirik lagu tersebut. Tapi hakikatnya dalam dunia ini bukan semuanya mudah, pasti ada susahnya. Jika tidak masakan wujud mutiara kata Melayu yang berbunyi, " bukan susah nak susah, bukan senang nak senang ". Memang tiada perkara yang senang dalam dunia ini. Semuanya memerlukan usaha. Tanpa usaha, semua yang anda lakukan pasti tak akan menjadi. Justeru, usaha yang bersungguh - sungguh perlu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Disamping itu, sifat tidak mudah putus asa juga perlu ada dalam diri kita. Untuk melakukan yang terbaik dan berjaya dalam sesuatu usaha, kita hendak menumpahkan seluruh jiwa raga kita dalam melakukannya, kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah, kita harus konsisten jika mahu berjaya.

Itulah yang dihadapi oleh Pasukan Kadet Polis SMKDI untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki GO kali ini. Kekangan dari segi pakaian, kelengkapan, tempat untuk latihan dan komitmen dari ahli-ahli kadet bukan menjadi batu penghalang untuk kami berusaha. Alhamdulillah saya menilai prestasi kami kali ini lebih baik dan lebih bersedia berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kemenangan mungkin sukar dicapai memandangkan tahap pasukan-pasukan lain jauh lebih baik dan pasukan kami pula 3/4 daripada ahli pasukan adalah pelajar-pelajar tingkatan 1 & 2. Namun apa-apa pun boleh terjadi. Kalau bukan tahun ini InsyaAllah tahun-tahun mendatang mungkin rezeki pasukan Kadet Polis SMKDI pula. 

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota PDRM dari Balai Polis Pantai Remis, En Tarmizi & Pn Norlita kerana sudi melatih pasukan kami dan selamat maju jaya juga untuk Pasukan Kadet Polis SMKDI pada Pertandingan Kawad Kaki GO yang akan berlangsung pada 10 May 2014 nanti.











Saturday 3 May 2014

Perbarisan Kejohanan Balapan & Padang SMKDI Kali Ke-42

Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-42, SMK Dato' Idris pada tahun ini telah diadakan pada 25 April 2014 yang lalu. Seperti kebiasaannya acara pertandingan perbarisan diadakan untuk memeriahkan acara. Pertandingan melibatkan 3 kategori iaitu rumah sukan, pasukan unit beruniform dan badan kepimpinan sekolah. Untuk kategori pasukan unit beruniform pasukan kadet polis melalui pasukan perempuan telah memenangi tempat ke-2 di belakang pasukan stjohn. Syabas admin ucapkan walaupun kebanyakan ahli kadet yang menyertai perbarisan kali ini majoriti terdiri daripada pelajar tingkatan 1 & 2.. Semoga tahun depan kita akan beroleh juara pula. Insyaalah.

Di sini admin sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Posing dulu sebelum mulakan perbarisan.

Team tahun ini dgn semangat 1 Malaysia.

Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Kadet Remaja Sekolah

Pasukan Renjer Puteri

 
Pasukan Pengakap

Naib Juara Perbarisan - Pasukan Kor Kadet Polis

Juara Perbarisan - Pasukan St John Ambulance

Rumah Barium


Rumah Metana

Naib Juara Perbarisan - Rumah Krypton


Juara Perbarisan - Rumah Helium


Pembimbing Rakan Sebaya

Juara perbarisan - Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Naib Juara Perbarisan - Pengawas Sekolah