SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Thursday 8 May 2014

Latihan Kawad GO 2014

Kita selalu dengar pasukan pengakap menanyikan lagu ini, " buat apa susah, buat apa susah, susah itu tiada gunanya ". Mungkin memang betul lirik lagu tersebut. Tapi hakikatnya dalam dunia ini bukan semuanya mudah, pasti ada susahnya. Jika tidak masakan wujud mutiara kata Melayu yang berbunyi, " bukan susah nak susah, bukan senang nak senang ". Memang tiada perkara yang senang dalam dunia ini. Semuanya memerlukan usaha. Tanpa usaha, semua yang anda lakukan pasti tak akan menjadi. Justeru, usaha yang bersungguh - sungguh perlu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Disamping itu, sifat tidak mudah putus asa juga perlu ada dalam diri kita. Untuk melakukan yang terbaik dan berjaya dalam sesuatu usaha, kita hendak menumpahkan seluruh jiwa raga kita dalam melakukannya, kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah, kita harus konsisten jika mahu berjaya.

Itulah yang dihadapi oleh Pasukan Kadet Polis SMKDI untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki GO kali ini. Kekangan dari segi pakaian, kelengkapan, tempat untuk latihan dan komitmen dari ahli-ahli kadet bukan menjadi batu penghalang untuk kami berusaha. Alhamdulillah saya menilai prestasi kami kali ini lebih baik dan lebih bersedia berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kemenangan mungkin sukar dicapai memandangkan tahap pasukan-pasukan lain jauh lebih baik dan pasukan kami pula 3/4 daripada ahli pasukan adalah pelajar-pelajar tingkatan 1 & 2. Namun apa-apa pun boleh terjadi. Kalau bukan tahun ini InsyaAllah tahun-tahun mendatang mungkin rezeki pasukan Kadet Polis SMKDI pula. 

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota PDRM dari Balai Polis Pantai Remis, En Tarmizi & Pn Norlita kerana sudi melatih pasukan kami dan selamat maju jaya juga untuk Pasukan Kadet Polis SMKDI pada Pertandingan Kawad Kaki GO yang akan berlangsung pada 10 May 2014 nanti.











No comments:

Post a Comment