SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Monday 31 March 2014

Muncul Kembali di 2014

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi kini admin akan mula mengaktifkan kembali Blog Kadet Polis SMKDI. Ini semua disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan seperti kesibukan, kekurangan aktiviti dan yang paling teruk tu admin terlupa password blog ini. Alhamdulillah akhirnya admin dapat semula password tersebut. Syukran...

So aktiviti pertama Pasukan Kadet Polis SMKDI pada tahun ini adalah pelantikan AJK Tertinggi yang telah diadakan pada bulan Januari yang lalu.  Tahniah kepada ahli kadet yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Pada 12 April 2014 yang akan datang, Pasukan Kadet Polis (P) akan menyertai Pertandingan Kawad Kaki GO Peringkat Daerah Manjung yang akan diadakan di SMK Tok Perdana, Setiawan. Pada masa sekarang mereka tengah tekun menjalani latihan di bawah bimbingan Anggota PDRM dari Balai Polis Pantai Remis.

Terdapat sedikit perubahan arahan kawad pada pertandingan kali ini. Skuad leader boleh rujuk kepada Ins. Kadet Khairul Husni atau Ins. Kadet Syuhairee untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Berikut adalah contoh video kawad untuk rujukan ahli kadet semua..


Ini berdasarkan format terkini 
(tambahan arahan...jadikan 2 barisan + jadikan 3 barisan)


 Ini pula contoh pergerakan formasi yang boleh diaplikasikan

Pergerakan yang agak simple tapi menarik


Bahan-bahan yg boleh di download utk rujukan kawad GO versi 2014