SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Wednesday 20 June 2012

Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Manjung

Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Manjung 2012 kali ini telah diadakan pada 14 - 16 Jun 2012. Lokasi perkhemahan adalah di Kem Pecah Batu, Manong. Setiap sekolah menghantar seramai 10 orang ahli kadet. Walau bagaimanapun SMK Dato Idris hanya menghantar 5 orang ahli kadet perempuan sahaja sebagai peserta iaitu Kadet Syakila Alwai, Kadet Zulaikha Zainon, Kadet Noratikah Mokhtar, Kadet Norshafika Abd Ghani, dan Kadet Hafiza Halim. Guru pengiring pula adalah Inspektor Kadet Shanilla Ann dan Inspektor Kadet Aishah.