1. DASAR PENUBUHAN
1.1 Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun KKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut :
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.
1.2 Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan KKP dengan mengisi borang Jadual Pertama ( Kaedah 5 ) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) untuk mendapatkan sokongan dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibupejabat Polis Kontijen ( IPK ) dan ke Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dari Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN ).
2. ORGANISASI
2.1 Peringkat Platun.
2.1.1 Terdiri dari 1 Inspektor Kadet ( Insp/K ) , 1 Sarjan Kadet ( Sjn/Kadet ) , 3 Koperal Kadet ( Kpl/Kadet ) dan 30 anggota Kadet .( Jumlah keseluruhan 35 orang ).
2.1.2 Setiap sekolah boleh menubuhkan lebih dari satu platun . Sebaiknya satu platun lelaki dan satu platun perempuan sahaja .
2.1.3 Setiap platun mestilah terdiri dari anggota kadet lelaki sahaja atau anggota kadet perempuan sahaja. Tidak dibenarkan campuran antara kadet lelaki dan kadet perempuan dalam sesebuah platun.
2.1.4 Inspektor kadet mestilah pegawai perkhidmatan pendidikan ( guru ) yang telah disahkan di sekolah tersebut.
2.1.5 Ins/K bertindak sebagai Komander Platun , Sjn/K sebagai Sarjan Platun dan Kpl/K sebagai Ketua Seksyen.
2.2 Peringkat Kompeni
2.2.1 Terdiri dari 1 Penolong Penguasa Polis Kadet ( ASP/K ) , 5 Inspektor Kadet ( Insp/K ) , 1 Sub-Inpektor Kadet ( SI/K ) , 1 Sarjan Mejar Kadet ( SM/K ) , 4 Sarjan Kadet ( Sjn/K ) , 12 Koperal Kadet ( Kpl/K ) dan 120 anggota kadet . ( Jumlah keseluruhan 144 anggota )
2.2.2 ASP/K bertindak sebagai Komander Kompeni , 1 Insp/K sebagai Penolong Komander Kompeni , 4 Insp/K sebagai Komander Platun , 1 SI/K sebagai SI Kompeni , 1 SM/K sebagai SM Kompeni , 4 Sjn/K sebagai Sjn Platun dan 12 Kpl/K sebagai Ketua Seksyen.
2.2.3 ASP/K boleh menjadi Komander Kompeni samada dari sekolah yang sama atau campuran dari sekolah – sekolah yang berhampiran tetapi dalam daerah yang sama.