SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK DATO' IDRIS, PANTAI REMIS, PERAK.

Tuesday, 23 October 2012

Takwim Persekolahan 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2013. Diharapkan ini dapat memudahkan pelajar, ibu bapa atau penjaga dan pihak sekolah membuat perancangan untuk tahun 2013.

Monday, 3 September 2012

Latihan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Manjung 2012

Selepas dua tahun menyepi iaitu kali terakhir diadakan pada 2010, Latihan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Manjung kembali dijalankan semula pada tahun ini. Aktiviti menembak pada kali ini diadakan pada 28, 29 dan 30 Ogos 2012 bertempat di Kem Lapang Sasar Kampar, Perak. Pasukan Kadet Polis SMK Dato Idris bersama Pasukan Kadet dari SMK Changkat Bruas, dan SMK Raja Shahriman menjalani latihan menembak pada 28 Ogos 2012 (selasa). Dengan menaiki trak PDRM, konvoi bertolak seawal jam 7.00 pagi dari SMK Dato Idris menuju ke Kem Lapang Sasar, Kampar.
Pasukan Kadet SMKDI menghantar seramai 68 orang peserta. Guru pengiring pula seramai 6 orang.
Latihan tamat pada jam 3.30 petang dan sampai ke SMKDI pada jam 5.30 petang.








 



 














Wednesday, 20 June 2012

Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Manjung

Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Manjung 2012 kali ini telah diadakan pada 14 - 16 Jun 2012. Lokasi perkhemahan adalah di Kem Pecah Batu, Manong. Setiap sekolah menghantar seramai 10 orang ahli kadet. Walau bagaimanapun SMK Dato Idris hanya menghantar 5 orang ahli kadet perempuan sahaja sebagai peserta iaitu Kadet Syakila Alwai, Kadet Zulaikha Zainon, Kadet Noratikah Mokhtar, Kadet Norshafika Abd Ghani, dan Kadet Hafiza Halim. Guru pengiring pula adalah Inspektor Kadet Shanilla Ann dan Inspektor Kadet Aishah.









Wednesday, 2 May 2012

Pertandingan Kawad GO Daerah Manjung 2012

Pertandingan ini telah diadakan di SMK Tok Perdana, Sitiawan pada 14 April 2012 yang lalu. Walaupun tidak mendapat kemenangan seperti yang diingini, diharapkan Pasukan Kadet Polis SMKDI tidak berputus asa. Teruskan menjalani latihan dengan lebih gigih. Kita cuba lagi pada penyertaan yang akan datang. Semoga berjaya.














Sunday, 25 March 2012

Pertandingan Kawad Kaki GO 2012

Pertandingan Kawad Kaki GO Sekolah Menengah
Peringkat Daerah Manjung Tahun 2012

Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh   : 21 April 2012 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : SMK Tok Perdana, Sitiawan, Perak

Oleh itu, ape kome tunggu lagi.. moh le turun berlatih kawad..

Jika berminat sila download :
1. Syarat Pertandingan
2. Pelan Litar Kawad Kaki & Pergerakan
3. Borang Markah Platun
4. Borang Markah Ketua Platun

Di sini dua video menarik untuk anda tonton..

SMK Taman Tasik, Ampang (2010)

SM Vokasional, Seri Manjung (2011)

Thursday, 15 March 2012

Pengumuman Terkini

1. Penghantaran Jurnal 


Perhatian kepada semua peserta Program Lawatan K.Polis & KRS ke Daerah Larut Matang (24-26 Februari 2012). Anda diminta menghantar penulisan jurnal pengalaman peribadi anda sepanjang menyertai aktiviti yang dijalankan kepada Cikgu Thenarassu atau Cikgu Syuhairie pada minggu pertama persekolahan selepas cuti. Iaitu 19-23 Mac 2012. 
Hadiah pertama: RM30
Hadiah kedua : RM20
Hadiah ketiga : RM10
(sijil & cenderahati akan menyusul InsyaAllah...)


2. Latihan Kawad Kaki


Semua ahli Kadet Polis SMKDI diminta turun menjalani latihan kawad kaki sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Kawad Kaki Daerah Manjung. Latihan bermula setiap hari selasa, rabu & khamis mulai 20 Mac 2012 (3.30ptg - 5.30ptg). Latihan ini akan dikelola oleh anggota PDRM dari Balai Polis Pantai Remis. 
Harap maklum.





Friday, 17 February 2012

Program Lawatan/Perkhemahan Kadet Polis & KRS


TENTATIF PROGRAM
LAWATAN KADET POLIS & KADET REMAJA SEKOLAH SMKDI
DI DAERAH LARUT MATANG


HARI 1 – 24 FEBRUARI 2012
3.00 pm               - Lapor diri & berkumpul di SMKDI 
 4.00 - 7.00 pm   - Daftar masuk ke penginapan masing-masing.
                           - Taklimat, mengurus diri dan tempat tidur
                           - Makan dan minum
                           - Solat
8.15 pm              - Bersiap sedia untuk ke Night Safari Taiping untuk lawatan
8.30 pm              - Lawatan bermula (lawatan pendidikan bersama Renjer Zoo)
10.00 pm            - Lawatan berakhir
                           - Kembali ke penginapan
                           - Makan tengah malam
                           - Rehat & Selamat Malam (zzzzzzzzzzz)


HARI 2 – 25 FEBRUARI 2012
7.30 am              - Sarapan
8.00 am              - Bertolak ke Bukit Larut
 
                          - Mendaki Bukit Larut dengan berjalan kaki
12.00 pm           - Tiba di Rumah Rehat Gunung Hijau@Pusat Kepelbagaian Biologi Bukit Larut
                          - Jamuan ringan
  - Mendengar penerangan dari Renjer berkenaan tumbuh-tumbuhan di Pusat 
     Kepelbagaian Biologi
  - Jungle trekking
2.00 pm             - Kembali ke Pusat Kepelbagaian Biologi
                          - Makan tengahari
4.00 pm             - Turun ke kaki Bukit Larut menaiki Land Rover
                          - Tiba di penginapan dan bersihkan diri
                          - Solat
                          - Minum petang
                          - Rehat
7.30 pm             - Solat
                          - Makan malam
8.00 pm             - Bertolak ke kolam air panas Trong
                          - Tiba di kolam air panas Trong
                          - Taklimat ringkas tentang kolam air panas Trong
  - Aktiviti di kolam air panas Trong seperti merendam kaki, mandi wap, 
    mandi dalam kolam besar yang berisi air panas semulajadi (untuk 
    merehatkan badan dan minda setelah penat melakukan aktiviti 
    fizikal di sebelah pagi. Semoga tubuh badan dan minda kembali segar)
10.00 pm           - Kembali ke penginapan
                          - Makan tengah malam (supper)
                          - Rehat & Selamat Malam (zzzzzzzzzzz)


HARI 3 – 26 FEBRUARI 2012
7.30 am             - Sarapan
8.00 am             - Berkemas untuk check out
8.30 am             - Bertolak ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang
 
 9.00 am            - Ketibaan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang
                            Aktiviti :
i.          Mendengar taklimat ringkas dari Renjer Hutan
ii.        Melawat pusat interpretasi Hutan Paya Laut Matang
iii.       Melakukan aktiviti menabung benih bakau sebagai usaha untuk memelihara alam semulajadi
10.00 am          - Melawat dapur arang kayu
 
                            Aktiviti :
i.          Mendengar taklimat ringkas tentang industri penghasilan arang kayu
ii.        Melawat sekitar kawasan dapur arang kayu
11.30 am         - Menikmati juadah Mi Banjir Udang (menu ikon di Kuala Sepetang)
 12.30 pm        - Melawat Muzium Sejarah Matang
 1.30 pm          - Bersurai